Wednesday 23 May 2018

CARA MENGAKTIFKAN YES ID ANDA :



1. Klik Activate My  ID . 


                                        Klik Icon Active myID

2.  Masukkan 1BestariNet  ID (Yes ID dan Password)  dan  klik Continue.   



3. Anda tidak digalakkan menukar password.  Klik  "No".

4. Isikan maklumat diri dan pastikan maklumat bertanda  *  MESTI DIPENUHKAN.

5. Yes ID anda akan diaktifkan !     

Setelah diaktifkan boleh masuk ke portal Frog VLE dan nikmati akses ke Frog VLE secara percuma di mana jua pada bila-bila masa.   

6. Klik pada icon : 



KREDIT : http://cikgushalina.blogspot.my/2014/03/blog-post.html

Sunday 8 March 2015

CARA LOG IN VLE FROG

LANGKAH 1:

Sila gunakan pelayar web (Web Browser) Google Chrome


LANGKAH 2:
Taipkan alamat VLE FROG sekolah seperti berikut:
Kemudian tekan ENTER
Sila pastikan KOD SEKOLAH yang ditaip adalah betul. Ini kerana 10000 buah sekolah di Malaysia yang mempunyai akaun frog mempunyai alamat yang sama. Cuma yang membezakan hanyalah KOD SEKOLAH.

LANGKAH 3:
Paparan seperti berikut akan dipaparkan.

LANGKAH 4:
Sila isikan Yes ID dan Password anda pada ruangan yang telah disediakan.
Yes ID anda boleh ditaip menggunakan huruf kecil

LANGKAH 5:
Bagi pengguna baru, arahan berikut akan di paparkan.
Sila tandakan pada kotak kecil “Click here to accept terms and condition”.
Klik Accept


LANGKAH 8:
Ini adalah paparan bagi School Dashboard.
Segala info berkaitan dengan sekolah akan dipaparkan di ruangan ini.

CARA IBU BAPA MENDAPATKAN ID YES DAN KATA LALUAN

Langkah-langkah untuk mendapatkan ID Yes dan kata laluan adalah seperti berikut:


Langkah 1
Sila ke laman web http://www.yes.my dan klik 1BestariNet.













Langkah 2
Klik Retrieve my 1BestariNet Yes ID.














Langkah 3
Masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan.
Kemudian klik cari (search).













Langkah 4
ID Yes akan dipaparkan.
Kemudian masukkan nombor telefon dan alamat emel.
Seterusnya klik kemaskini (update).













Langkah 5
Sila pilih salah satu medium (SMS atau emel) untuk mendapatkan 
kata laluan.Kata laluan akan dihantar melalui SMS ataupun emel, 
bergantung kepada pilihan pengguna.















Kredit : http://smktanjongsepat.blogspot.com/2014/01/cara-ibu-bapa-mendapatkan-id-yes-dan.html

FROG VLE: PANDUAN UNTUK GURU & IBU BAPA/PENJAGA

FROG VLE: PANDUAN UNTUK GURU & IBU BAPA/PENJAGA

PENGENALAN
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet.   Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.


APAKAH VLE?

Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.




Kredit : http://sktmnputraperdana.blogspot.com/2012/09/frog-vle-panduan-untuk-guru-ibu.html